Gambaran Ringkas MyMode

Beberapa istilah-istilah penting dalam perniagaan My Mode yang perlu anda ketahui:

1. MyMode
Jenama bagi Syarikat Berdaftar, Asia Mobile Commerce Privileges (M) Sdn Bhd yang berfungsi memberi perkhidmatan memasarkan jualan Prepaid daripada Telco secara online (SMS).

2. My Point (MyP)
Nama “matawang” yang digunakan dalam semua urusniaga My Mode untuk Akaun Modal Agen dengan kadar 1 MyP = RM 1.00. MyP bukannya kredit Prepaid handphone anda dan kedua-duanya berfungsi secara berasingan dan berbeza.

3. Point Value (PV)
Nilai Margin Keuntungan atau Komisen produk. Bagi produk Prepaid My Mode, PV dikawal oleh pengeluarnya (Telco)

4. Gateway
Server My Mode yang mengendalikan segala urusniaga oleh agen-agennya dan beroperasi secara 24 jam. Semua urusniaga secara SMS oleh agen akan dihantar ke sini dahulu untuk diproses dan direkodkan sebelum dibalas berpandukan arahan SMS tersebut.

5. Prepaid4u
3rd Party Website bagi Group Agen-agen My Mode di bawah rangkaian En Adi Nor Bin Jaafar (Pengasas) yang berfungsi sebagai kemudahan dalam pelbagai aspek bagi membantu agen-agen di bawah rangkaiannya dalam terutama dalam membuat promosi secara online. Oleh itu, anda perlu mendaftar sebagai FREE MEMBERS dahulu samada sebelum atau selepas bayaran yuran keahlian seumur hidup RM 65.00 dilakukan.

Setelah anda membuat bayaran RM 65.00 sebagai yuran keahlian seumur hidup kepada saya:

1.Anda akan saya daftarkan sebagai Agen My Mode melalui SMS dan setelah pendaftaran berjaya, My Mode akan memotong 65 MyP daripada akaun modal saya, sama dengan nilai yang telah anda bayar sebelumnya, RM 65.00.

2.Dalam masa yang sama anda akan menerima Pin Keselamatan 4 angka dan Modal Permulaan sebanyak 11.00 MyP yang dihantar secara SMS juga daripada My Mode.

3.Anda kini secara sah bergelar Agen My Mode dan sudah boleh melakukan sebarang urusniaga. Untuk mendapatkan Panduan dan Cara terpeinci untuk melakukan urusniaga, anda perlu merujuk kepada web prepaid4u yang telah anda daftarkan sebelum ini.

4.Oleh kerana akaun modal anda sekarang cuma berbaki 11.00 MyP, maka segala urusniaga anda samada membeli (untuk diri sendiri) atau menjual (kepada pelanggan) Prepaid juga terhad kepada jumlah RM 11.00 sahaja. Dengan kata lain, anda tidak boleh membuat urusniaga dengan nilai yang melebihi akaun MyP anda.

5.Oleh itu, anda perlu menambah modal dalam akaun MyP anda. Untuk cara-cara untuk menambah modal, sila rujuk Guideline lengkap yang boleh didownload daripada web prepaid4u.

6.Sebagai contoh, katakan baki akaun MyP anda sekarang ialah 11.00. Anda telah topup RM 100.00, maka baki terkini akaun MyP anda sekarang ialah 111.00 MyP.

7.Katakan seorang pelanggan telah membeli topup Maxis 60 daripada anda lalu membayar TUNAI RM 60.00 kepada anda, manakala baki akaun MyP anda berkurang menjadi 51.00. Anda boleh terus melakukan urusniaga asalkan nilai urusniaga tersebut tidak melebihi baki terkini MyP anda.Di sini, apa yang dapat dilihat, anda bukannya perlu mengeluarkan atau menambah modal demi modal, tetapi anda hanya perlu “pusingkan” modal pertama anda tadi setelah anda memperolehi semula TUNAI daripada pelanggan dan begitulah seterusnya sehingga bonus yang anda terima sudah agak lumayan dan stabil. Jika sudah terlalu banyak bonus yang anda terima, anda boleh pindahkan ke akaun bank anda untuk memperolehi tunai.

8.Setiap urusniaga yang anda lakukan seperti di atas, akan direkodkan oleh system My Mode secara computerize dan updated. Anda boleh Log in melalui website rasmi My Mode untuk melihat secara terpeinci akaun MyP anda menggunakan No HP dan Pin Keselamatan 4 angka anda.

9.Kesemua urusniaga anda yang anda lakukan bermula pada hari Isnin hingga Ahad setiap bulan akan direkod dan dikumpulkan serta dikira untuk pembayaran Bonus pada hari Khamis berikutnya ke dalam akaun MyP anda. Ini bermaksud, anda akan menerima bonus pada setiap minggu. Setiap pagi Khamis, anda akan menerima SMS daripada My Mode, memberitahu bonus mingguan yang anda terima serta nilai terkini baki MyP anda.

10.Katakan sebelum bonus diterima, baki MyP anda ialah 32.00. Anda menerima bonus mingguan sebanyak 10.50, maka baki terkini MyP anda menjadi 42.50.

11.Anda boleh kembali untuk menambah modal atau menjual Prepaid seperti sebelum ini dan begitulah seterusnya sehingga menjadi seorang Agen My Mode yang berjaya.

No comments:

Post a Comment

ADVERTISING / IKLAN


Copyright © 2008 teamP4U.blogspot.com-teamP4U